You Smile, I Smile :)

*Selamat Pagi! ceriakan pagi anda dengan senyuman! :)

hello fellas! :) harini aku bangun awal lah, taktau kenapa haha. just forget about it. kaykay aku nak cerita ni, pasal holiday tuu :D

AHAD - nothing much nak cerita, sebab kiteorang pegi perlis, lepak sana. pegi padang besaq :p shopping besaq2 lah apa lagi haha, barang dia sama ngan KL cuma harga lah beza, kat sana murah sikit. jalan punya jalan sampai lumat, perut dah meronta2 dah, pegi kedai makan jap, order lah baby kailan dia, perghhhh! sedap bhaii >< teringat2 sampai sekarang haha. malam tu pusing2 kat perlis. tu jelah kiteorang buat on Ahad.

ISNIN - Langkawi* haaa pegi jeti kat kuala perlis sana tuuu, adui. ferry kiteorang pukul 1045, bersepah manusia kat situ. sesak nak gila adui, sakit aku >< tunggu punya tunggu 1145 baru naik haha bagus kan? -.- masa dah masuk dalam ferry tu, takde buat apa pun, aku nyanyi kuat2 sampai orang marah pastu aku tidur lah hahahaha, sengal kan? :D

sampai je kat jeti Langkawi, teringat makan nasi ayam merah dengan kawan2 kat tepi jalan, haha. kelakar gila bila ingat balik. abah ada sewa kereta sentra. sumpah menyirap dengan kereta tu, alarm dia asyik berbunyi je (N) then check in hotel tepi pantai tuu, hahaa. abah bawak pegi underwater world pulak, sebab ana ain nak pegi sana. ikut kan ajelah. aku pernah pergi masa darjah empat dulu rombongan sekolah. bila pergi sana, teringat kawan2 lama :) then jalan2 lah kat tepi jalan tuu, banyak barang aku nak beli tapi haha poket biasa lah :p aku hanya mampu tengok sahaja haha.

SELASA - bangun pagi2, then siap2 pegi breakfast. kiteorang pegi Kilim Geopark. naik bot best kan? :D dia bawak laju, angin pun kuat lah hahaha. ohh yaaa pegi sana tu sebab nak tengok diorang bagi makan helang. tapi orang bot tu bawak kiteorang pegi gua kelawar, tengok jenis2 ikan, banyak lagi lahh. lepas kilim, kiteorang pegi gunung raya, sejuk kat atas sana macam cameron highland. tapi kat atas tu tak boleh nak buat apa2.

then then kiteorang pegi gunung mat chinchang pulak, ramai orang kat sana. pegi sana sebab ana nak naik cable car, tapi tak kesampaian. ramai sangat orang, kena tunggu lagi sejam -.- tak jadi nak naik lah. kesian ana, hmm. then kiteorang pusing2 lah kat kedai tepi2 tu. suasana dia macam kat bukit tinggi, takde beza sangat cuma gunung mat chinchang ni kawasan dia besar sikit. barang2 dia boleh tahan jugak, not bad :D

RABU - nothing much we did on rabu, cuma kemas2 barang nak pergi bukit merah, taiping perak. pergi sana sebab nak mandi2 kat waterpark sana tuu.best lah ana ain nak mandi2 tu. haha. sampai sana pun lewat jugak, dalam pukul 5-6 centu. coz ada problem sikit haha.

KHAMIS - ohh yeahh :3 bangun pagi2, kemas2 barang check out hotel. then nak gerak pegi waterpark tu lah. aku ngan edy tak mandi. so lepak ngan dia jelahh. tengok diorang mandi, hoho :D pastu dah habis mandi semua tu, gerak ipoh jap mama nak urut kaki. lepak kat kedai makan, perghh! sedap sehh mee goreng dia >< tak boleh lupa haha. mama dah habis urut, gerak lah balik KL. tu jelahh. THE END :D

sikit je aku cerita, sebab banyak sangat. kalau korang nak tahu lebih, korang pegi lah sana :D haha. kbaii GENG! :*
"Every time I trust somebody they show me why I shouldn't trust anybody."

KL Cosa Nostra.

.freak. oldies. peace.